1 Feb 2011

Membina Hati Bahagia


Sinopsis:
Wanita adalah penyeri kehidupan. Mengapa tidak anda mantapkan hati dan membina kcemerlangan hidup berumah tangga bersama si dia yang telah anda pilih dan merelakan diri untuk bergelar suami atau isteri melalui lafaz ijab dan kabul. Yakinilah pasangan anda adalah yang terbaik buat anda dan tiada orang yang lebih baik daripadanya.

Saya baru habis membaca buku ni. Agak lambat nak review kerana buku ini telah berada di pasaran sejak 2007 yang lalu. Namun ianya sebuah buku yang harus dibaca.

Buku ini banyak menyentuh mengenai rasa cinta tetapi seperti yang kita ketahui, cinta itu sendiri boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Sebagai contoh, cinta diantara lelaki dan wanita, cinta sesama ahli keluarga, cinta kepada pencipta yakni Allah s.w.t. dan sebagainya. Itulah yang dibicarakan oleh dr. HM Tuah di dalam buku ini.

Terdapat banyak kata-kata yang boleh dijadikan panduan untuk membina hati bahagia. Diantaranya adalah;
"Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi.
Jika diberikan kepada seseorang, ia diibarat
menghadiahkan sebukit emas untuknya.
Jika dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya
adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan."
Sebuah buku motivasi yang perlu dimiliki semua!!
________________________________________________________
Pesanan utk diri-sendiri: Jangan asyik melayan novel jer...

1 ulasan:

miss kiki berkata...

k.ros pun suke bc buku by Dr. Tuah nie...byk ilmu...