15 Okt 2011

Tahniah Tahniah Tahniah

Sekalung tahniah buat pasukan TERENGGANU dan T-TEAM kerana berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia...Tahniah juga kepada seluruh rakyat TERENGGANU yang menyokong kedua-dua pasukan ini...

Siapa sangka TERENGGANU dan T-TEAM berjaya melangkah ke separuh akhir kerana pilihan awal memihak kepada Kelantan dan Sabah...Harapan rakyat TERENGGANU untuk melihat pasukan abang dan adik beraksi semakin hampir...sekiranya Selangor dengan misi 33, TERENGGANU dan T-TEAM juga ada misi tersendiri.... Sejarah bakal tercipta sekiranya dua pasukan ini beraksi di pentas final...

Sebelum itu, berjuanglah habis-habisan untuk separuh akhir yang akan berlangsung minggu depan...Separuh akhir pertama, TERENGGANU akan berkunjung ke Shah Alam dan T-TEAM bakal menanti kunjungan Negeri Sembilan di SSINS pada 18.10.2011 dan perlawanan timbal balik akan diadakan pada 22.10.2011...diharap Ashaari@saha dapat menjadi wira pada tarikh 22.10.2011 dan akan menjadi tarikh bertuah buat Saha bersempena nombor jersi yang dipakai 22 sepertimana bertuahnya no 26 ketika menyarung jersi Malaysia...Kalau semua masih ingat tarikh 26.12.2010, Saha juga menjaringkan gol ketika menentang Indonesia...Diharap ianya akan menjadi kenyataan dan seterusnya harapan seluruh rakyat TERENGGANU untuk melihat abang dan adik berjumpa di final bakal menjadi kenyataan.

Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Kelantan kerana mempersembahkan perlawanan yang menarik pada malam ini dan tahniah juga kepada pasukan N9 dan Selangor yang melangkah ke separuh akhir....

Stadium Sultan Ismail mnjadi saksi, Stadium Sultan Muhammad mnjadi bukti...
Sang Penyu mara lagi, Sang Kijang tersembam dikandang sendiri...
Kelantan mmg boleh dipuji, etapi Terengganu lebih LAYAK lagi...
Ingatkan defisit boleh diatasi, tetapi angan2 itu x menjadi...
Sentuhan 2 gol yang dicari, kombinasi 2 palang dan tiang mnjadi badi...
Tahniah ganu dari kami, pnyokong kelantan xkan xnk terima kenyataan lagi...
Sekalung tahniah utk wira kami, Ashaari Samsuddin nama diberi...
Itulah anak emas penyu kami, nampak slow tapi makin digeruni... :)





p/s: aisss...macam nak balik je nextweek....tambah2 isnin pahang cuti...urmmmmmm

Tiada ulasan: