28 Jan 2014

2014- Eh lupa sy ada blog rupanya... :)

Assalamualikum dan selamat tahun baru...

Hahahha, kira boleh la nak wish tahu baru walaupun dah nak masuk bulan februari ni..hehehhehe...

Tetiba rasa macam kekok je haniko nak menulis. Hampir setahun blog ini terbiar tanpa entri baru dan tuan blog sendiri pun langsung tak menjengah ke sini. Nampak sangat blog ni telah di anak tirikan. hehehehe...Entri terakhir, lokasi haniko di K. Trg, sekarang ni bermastatutin di Kemaman. Hampir 8 bulan di tempat baru dan sempat juga lah merantau ke N9 sekejap. Yang pasti masih single, hikhikhik...

Rasa macam kekok pulak sebab dah lama tak mencoret kat sini. Harapnya tahun ini jadi tahun yang terbaik buat haniko selepas tahun 2013 yang agak suram. 

Ok, malam ni pertembungan adik-beradik untuk Liga Super 2014, Terengganu vs T-Team di Stadium Sultan Ismail Nashirudin. Diharap kedua-dua pasukan menunjukkan mutu permainan yang menarik. Kalau lah boleh, nak dua-dua team menang, tapi mana boleh kan....so, team yang terbaik akan menang la malam ni...tetiba ubah topik..hehehhehe...yang sebenarnya, takde idea..ahahhaha....

So, semoga kita berjumpa lagi..harap-harap lepas ni rajin la nak update blog ni... :)

21 Feb 2013

Entri Pertama 2013

Assalamualaikum w.b.t....

Lamanya haniko tak mencoret kat sini. Rasanya dah hampir setahun. Ni pun sebenarnya tak tahu nak bercerita pasal apa, tapi mungkin sebab rindu untuk menulis menyebabkan haniko kembali menconteng dekat sini.

Untuk rekod, last year, haniko hanya buat 1 entri, itu pun entri bergambar. Tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan pahit sebenarnya. Need to be strong to complete my master. Itu je satu-satunya perkara yang membanggakan berlaku tahun lepas. Selepas liku-liku yang terpaksa dihadapi, akhirnya dapat jugak habiskan master on time dan dah pun konvo november tahun lepas. Tahun lepas jugak, haniko telah meninggalkan Uniten Muadzam Shah. Yang sebenarnya, sayang nak tinggalkan kawan-kawan kat sana dan juga sayang nak tinggalkan Muadzam itu sendiri. Tapi hati memang tak dapat bertahan lagi, so terpaksa membuat keputusan yang besar itu. Tapi syukur Alhamdulillah, sedikit pun tiada rasa kesal dengan keputusan yang dibuat sebabnya sekerang di berada di bumi bertuah Terengganu dan yang paling penting dapat tolong mak dan ayah serta boleh berada dengan keluarga tercinta. In Sha Allah, akan ada rezeki untuk umat-Nya yang teranaiya.

Rasanya, cukup untuk kali ini. no idea already..ahahhah..peace no war!!!! ^___^

22 Dis 2011

Sebelum. Sekarang. Selepas

Assalamualaikum w.b.t,

Rasanya dah agak lama tak menjengah kat blog sendiri...sedar tak sedar dah nak habis sem 2...minggu depan dah final...jadual sem ni tak berapa nak best...hari 1st (28.12) dah ada paper..pagi pulak tu...dah la dalam dua minggu ni memang quite sibuk..dengan keje opis..dengan assignment yang last minute baru dapat...yup...tiga-tiga nak submit esok...SCM-done...MIS-done..tinggal akaun je lagi...baru nak buat malam ni..memang hebat la...

yang best nyer langsung tak prepare lagi untuk final exam minggu depan..ada dua paper dengan gap 2 hari..yang yang lagi best esok balik kg...harap la dapat study sikit...dah la 1st paper akaun...time tutorial pun tengok soklan boleh blurrr...time lecture paham..masalah memang masalah...huhuhu...

sebenarnya update ni nak citer pasal tournament futsal yang aku join dua minggu lepas...9-11.12.11.....Uniten Mini Futsal Carnival...sebenarnya tournament ni peringkat daerah Rompin..untuk mencari johan bagi mewakili Rompin ke Putrajaya...aku tak pasti pulak hujung bulan ni ke awal tahun depan...kerjasama Uniten KSHAS dengan UMNO Rompin...1st time kot join tournament besar macam ni...not bad la..penyertaan kali pertama, pasukan aku yang mewakili staff Uniten, "Ada Aku Kisah" dapat tempat ke-4....tewas semi...yg dapat tempat 1-3 merupakan team yang memang selalu joint tournament...tengok skill pun dah tahu...huhuhu...so far..ok la....

anak buah dengan coach..tak cukup 2 org...
1st keeper excident seminggu sebelum game...
2nd keeper ada midterm...

Jonggo!!! vs Ada Aku Kisah....
team Jonngo!!! tu team student....pairing team kitorg masa training...
sama-sama dapat tempat ke-4....:)
masa ambil hadiah, aku dah balik...
malas nk tunggu coz nak pukul 7 tak start majlis penyampaian hadiah lagi...


p/s: coach cakap bulan 1 nanti ada lagi tournament..futsal tertutup pahang...hopefully boleh join lagi....tapi sebenarnya, tengah berdebar nak exam ni....hopefully result lebih baik dari sem lepas.... :)

21 Nov 2011

Harimau Muda vs Mid-term Test

Assalamualaikum,

malas nak update panjang-panjang..just nak wish good luck untuk skuad harimau muda yg akan menetang Indonesia pada malam ini...penentuan pingat emas bola sepak untuk sukan sea edisi ke-26...semoga skuad OKS dapat mengekalkan pingat emas yang telah dimenangi dua tahun yang lalu di Vientiane, Loas.... Sepak mula pada pukul 8.30 malam nanti dan akan disiarkan secara langsung menerusi RTM1, TV3 dan astro arena, 801....

dan yang penting, malam nanti haniko ada test supply chain...study tak abis lagi ni...wiken ari tu, tido je memanjang..tambah2 last week, memang sedikit penat...ni pun curi-curi study time keje...jgn kantoi sudah...hehhe...


p/s: mengharapkan dapat score test malam nanti dan jugak dapat tgk siaran langsung game malam nanti...second half pun jadi la.....Selamanya Harimau Malaya.... :)

10 Nov 2011

senyum sudah :)

Think positive haniko...mental kena kuat...chaiyok2!!!!









p/s: walaupun dari semalam aku down tapi kemenangan skuad harimau muda ke atas thailand dan skuad hoki 2013 ke atas pakistan dah boleh buat aku gembira.........^_*

8 Nov 2011

Ada apa pada cinta?

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupunmungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahukegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmtpagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat ataumengirim pesan

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yangkamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalahsesuatu yang berharga buatnya

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassettekamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkinflu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana diarisau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikansemangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telahmenggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaansekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau giladan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginyalagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yangpaling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagianbesar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkanbertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupunhal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia takpernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesalmelakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup..